Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Kampung Chapu terletak dilaluan Kuala Berang ke Sungai Tong Setiu dengan keluasan lebih kurang 1,095 ekar dan dihuni 90 keluarga. Terletak di dalam daerah Hulu Terengganu, Mukim Hulu Telemong. Jarak dari pekan yang terdekat iaitu Pekan Kuala Berang ialah 23 kilometer dan dari bandaraya Kuala Terengganu 63 Kilometer. Pekerjaan utama penduduknya adalah petani dan menjalankan kerja-kerja kampung. Keseluruhan penduduknya berketurunan melayu dan beragama islam.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2024


BASIC ICT : ASAS MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 18 Mac 2024

Di antara topik yang di ajar adalah seperti masukkan text box, alihkan text box, tukarkan text box kepada bentuk, tukar fill color, shape outline, shape style, shape effect dan masukkan Word Art....baca selanjutnya

PROGRAM USAHAWAN SHOPEE AFFILIATE

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2024

Program ini dihadiri oleh peserta yang ingin belajar menjadi usahawan shopee affiliate....baca selanjutnya

PROGRAM HARI BERSAMA KWSP 1.0

Aktiviti Terkini | 19 Januari 2024

Program ini dihadiri oleh komuniti setempat dan komuniti berhampiran seperti Kg Kuala Jeneris, Kg Teris, Kg Basung, Kg Tok Lawit, Kg Pasir Simpul dan kampung sekitar....baca selanjutnya

PROGRAM MENCUNGKIL BAKAT KEUSAHAWANAN

Aktiviti Terkini | 16 Januari 2024

Program ini dihadiri peserta yang ingin belajar menyediakan makanan yang mudah dan ringkas dan senang untuk dijual....baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti