PROGRAM HARI BERSAMA KWSP 1.0

Aktiviti terkini | 19 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Chapu

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini dihadiri oleh komuniti setempat dan komuniti berhampiran seperti Kg Kuala Jeneris, Kg Teris, Kg Basung, Kg Tok Lawit, Kg Pasir Simpul dan kampung sekitar.
• Seramai 4 orang staff KWSP telah datang untuk menjayakan program kali ini.

Tujuan :
• Program ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu komuniti mendapatkan perkhidmatan yang disediakan KWSP seperti membuat Penamaan Akaun, i-Akaun, i-Saraan dan khidmat nasihat secara terus daripada staff KWSP tanpa pergi ke pejabat KWSP.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada pukul 9.00 pagi – 3.00 petang.
• Seramai 91 orang peserta telah datang untuk mendapat perkhidmatan yang disediakan oleh KWSP untuk kali ini.
• Di antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti membuat Penamaan Akaun, i-Akaun, i-Saraan dan mendapat khidmat nasihat secara terus daripada staff KWSP.
• Mengurus proses pengeluaran wang KWSP kepada peserta yang layak.
• Mengurus pembayaran yuran pengajian melalui KWSP.
• Membantu peserta menukar simpanan konvensional kepada simpanan shariah.

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu komuniti mendapat khidmat KWSP tanpa pergi ke pejabat KWSP yang berada jauh di Kuala Terengganu.
• Memudahkan komuniti mendapat maklumat pemcaruman oleh majikan.
• Kebanyakkan daripada komuniti masih lagi menggunakan akaun konvensional. Oleh itu mereka mengambil peluang yang ada ini dengan menukar akaun konvensional kepada shariah.

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :