INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta CelcomDigi Berhad dengan kerjasama Creative Centry Management Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

Objektif penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

Perkhidmatan lain yang disediakan:

• Zon Internet tanpa wayar( Wifi Zone)
• Kelas Computer / Ict (Percuma Untuk Ahli)
• Printing
• Scanning
• Photostat
• Laminate
• Pinjaman Tablet

Maklumat Kg Chapu

Kampung Chapu terletak dilaluan Kuala Berang ke Sungai Tong Setiu dengan keluasan lebih kurang 1,095 ekar dan dihuni 90 keluarga. Terletak di dalam daerah Hulu Terengganu, Mukim Hulu Telemong. Jarak dari pekan yang terdekat iaitu Pekan Kuala Berang ialah 23 kilometer dan dari bandaraya Kuala Terengganu 63 Kilometer. Pekerjaan utama penduduknya adalah petani dan menjalankan kerja-kerja kampung. Keseluruhan penduduknya berketurunan melayu dan beragama islam.

Asal Usul nama Chapu diambil sempena nama muara sungai iaitu Chapu. Mengikut cerita, di masa dahulu aktiviti perdagangan berjalan dengan pesta di daerah ini melalui Sungai Telemong dikenali Perahu Dagang oleh tiga kumpulan iaitu Sungai Nerus, Sungai Terengganu dan Sungai Telemong. Mereka telah bertemu di satu muara sungai yang tidak bernama dan menamakan muara sungai tersebut dengan nama CHAPOR yang membawa maksud bergaul (bercampur). Mereka bermalam di situ dan kemudian menamakan tempat itu Kampung Chapor bersempena nama muara sungai tersebut. Sekarang ini nama tersebut telah diubah dengan nama Kampung Chapu.

Rekreasi & Pelancongan
Santuari Kelah
Santuari Gajah
Lake Kenyir Resort
Bukit Batu Kapal

Tempat Makan Menarik

Bakso Warung Dherba, Kg Parit Simpul
Restoran Lembah Warisan
Warung Mr. Baung
Kemudahan Awam
Surau Kg Chapu
Dewan Komuniti
Gelanggang Futsal
Balairaya
Pendidikan
Politeknik Hulu Terengganu
SK Kuala Jenderis
Kisah Kejayaan
Uma Erla Sahara Binti Mohd Syharuddin

Uma Erla Sahara Binti Mohd Syharuddin atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Erla dalam kalangan rakan-rakan merupakan anak keempat daripada 5 adik beradik. Adik Erla yang berasal dari Kampung Chapu merupakan salah seorang ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kg Chapu dan berumur 12 tahun. Beliau adalah di antara pelajar yang terawal menjadi ahli NADI semenjak pembukaan NADI lagi dan banyak mendapat tunjuk ajar daripada staf berkaitan pembelajaran dan pengetahuan bidang IT.

Di antara kelas-kelas yang pernah dihadiri oleh adik Erla adalah seperti kelas Micosoft Office, E-learning, Kuiz KDB, Youtube, Facebook dan banyak lagi. Manakala program yang pernah dihadiri oleh adik Erla ialah seperti Program Kuiz Maulidur Rasul, Program Kuiz Hari Kebangsaan & Hari Malaysia, Hari Terbuka Pusat Internet, Program Lestari ICT & KDB, Program Kemantapan Minda & KDB, Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri & KDB, Program dan banyak lagi. Selain aktif bersama dengan NADI, adik Erla juga aktif di sekolah menyertai pertandingan bola baling di peringkat sekolah. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kuala Jenderis dan bercita-cita menjadi seorang guru. Beliau banyak memanfaatkan ilmu yang dipelajari dari NADI di sekolah seperti menggunakan Microsoft word, Microsoft PowerPoint, penggunaan komputer dan sebagainya.

Di sekolah, beliau juga aktif di dalam bidang ko-korikulum dengan menyertai Persatuan Kadet Remaja dan Kelab Pendidikan Islam. Hobi adik Erla adalah membaca pada waktu lapang dan sangat meminati subjek Bahasa melayu. Kelebihan yang ada pada adik Erla ialah seorang yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu. Dengan kemudahan prasarana terkini seperti komputer dan internet berkelajuan tinggi serta latihan dan bimbingan yang disediakan di NADI, adik Erla semakin berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang ICT serta adik Erla melahirkan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana adanya kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI.Gambar

Nur Hafni Faqihah Binti Faizul

Nur Hafni Faqihah Binti Faizul atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Faqihah dalam kalangan rakan-rakan merupakan anak bongsu daripada 2 adik beradik. Adik Faqihah yang berasal dari Kampung Chapu merupakan salah seorang ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Chapu dan berumur 11 tahun. Beliau adalah di antara pelajar yang terawal menjadi ahli NADI semenjak pembukaan NADI lagi dan banyak mendapat tunjuk ajar daripada staf berkaitan pembelajaran dan pengetahuan bidang IT.

Di antara kelas-kelas yang pernah dihadiri oleh adik Faqihah adalah seperti kelas Micosoft Office, E-learning, Kuiz KDB, Youtube, Facebook dan banyak lagi. Manakala program yang pernah dihadiri oleh adik Faqihah ialah seperti Program Pertandingan Mewarna & KDB, Program Pertandingan Kuiz Kemerdekaan & PKPP, Program Kuiz Maulidur Rasul, Program Kuiz Hari Kebangsaan & Hari Malaysia, Hari Terbuka Pusat Internet, Program Lestari ICT & KDB, Program Kemantapan Minda & KDB, Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri & KDB, Program Pertandingan Kuiz Perintah Kawalan Pergerakan Online dan banyak lagi.

Selain aktif bersama dengan NADI, adik Faqihah juga aktif di sekolah menyertai pertandingan bola baling di peringkat sekolah. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kuala Jenderis dan bercita-cita menjadi seorang guru. Beliau banyak memanfaatkan ilmu yang dipelajari dari NADI di sekolah seperti menggunakan Microsoft word, Microsoft PowerPoint, penggunaan komputer dan sebagainya. Di sekolah, beliau juga aktif di dalam bidang ko-korikulum dengan menyertai Persatuan Kadet Remaja dan Kelab Bahasa Melayu. Hobi adik Faqihah adalah bersukan pada waktu lapang dan sangat meminati subjek Bahasa melayu. Kelebihan yang ada pada adik Faqihah ialah suka mengedit video menggunakan aplikasi di dalam telefon bimbit.

Keusahawanan
Siti Nor Haslinda Binti Awang

Siti Nor Haslinda Binti Awang yang mesra di sapa Linda merupakan salah seorang usahawan Pembuat Kek Homemade Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Chapu yang berjaya. Beliau berumur 31 tahun dan beliau berasal dari Kampung Merbau Menyusut, Setiu. Linda merupakan ibu kepada 4 orang cahayamata menjalankan perniagaan homemade kek secara atas talian dan COD. COD dilakukan di seluruh kawasan setiu.

Produk yang dihasilkan mengikut citarasa semasa dan mengikut permintaan serta tempahan yang di buat oleh pelanggan. Selain menerima tempahan secara kecil-kecilan, Linda juga menerima tempahan untuk semua majlis seperti majlis perkahwinan, pertunangan, majlis sambutan ulang tahun perkahwinan, ulang tahun pernikahan, ulang tahun kelahiran, majlis jamuan dan sebagainya. Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan murah untuk semua golongan.

Dengan kemudahan internet dan IT sekarang, beliau tidak melepaskan peluang untuk mempromosikan produk beliau melalui facebook dan whatsapp dan berharap perniagaan Linda terus maju dan berkembang terutama dengan adanya kemudahan internet dan promosi dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Chapu.



Siti Nor Haslinda Binti Awang

Noor Atiqah Binti Safiin yang mesra di sapa Eyqah merupakan salah seorang usahawan tukang jahit Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Chapu yang berjaya. Beliau berumur 25 tahun dan beliau berasal dari Kampung Bukit Sawa, Bukit Payong dan kini telah menetap di Kampung Kuala Jenderis. Selepas tamat SPM, Eyqah mengambil kursus jahitan di Yayasan Pembangunan Kemahiran di Kuala Berang, Terengganu selama setahun setengah. Beliau amat meminati bidang jahitan dan sentiasa menceburi kursus-kursus jahitan untuk menambahkan lagi ilmu dalam bidang jahitan.

Selepas tamat kursus tersebut, beliau bermula mengambil tempahan pelanggan sejak empat tahun yang lalu. Baju pertama yang dijahit adalah baju kurung moden dan baju melayu. Jahitan beliau sangat kemas dan teliti oleh itu ramai pelanggan yang menempah baju terutamanya pada musim perayaan aidilfitri. Di antara pelanggan-pelanggan yang biasa menempah jahitan adalah dari kampung Kuala Jenderis dan kampung sekitarnya.

Selain menjahit di rumah, Eyqah juga aktif secara atas talian dengan menggunakan medium aplikasi facebook dan whatsapp untuk mempromosikan hasil jahitannya. Antara baju yang beliau jahit adalah baju kurung, kurung moden, mini moden, baju kanak-kanak perempuan, baju melayu, jubah wanita dan pelbagai jenis baju design terkini. Selain itu juga, beliau menerima tempahan untuk mengubahsuai pakaian seperti yang dikehendaki oleh pelanggan.

Dengan kemudahan internet dan IT sekarang, beliau tidak melepaskan peluang untuk mempromosikan produk beliau melalui facebook dan whatsapp dan berharap perniagaan Eyqah terus maju dan berkembang terutama dengan adanya kemudahan internet dan promosi dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).



Haji Mohd Joha Bin Haji Harun

Haji Mohd Joha Bin Haji Harun merupakan bekas pesara Tabung Haji di Kelantan yang berumur 61 tahun dan merupakan usahawan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Chapu yang banyak mengambil peluang bersama NADI untuk mempromosikan produk beliau. Tercetusnya idea untuk memulakan perniagaan santan ini kerana selepas beliau bersara, beliau telah pulang ke kampung isteri di Kampung Chapu dan semasa berada di kampung beliau mendapati agak sukar untuk mendapatkan bekalan santan di sini dan perlu ke bandar Kuala Berang yang terletak lebih kurang 20 kilometer.

Dari sinilah beliau telah mendapat idea ini dan tanpa berlengah telah memulakan perniagaan santan ini pada bulan 8 2020 dengan modal yang ada dengan membeli mesin santan daripada kawan yang kebetulan ingin menjual mesin santan. Jumlah kelapa yang diproses adalah lebih kurang 100 biji bersamaan 20 kg sehari dan akan meningkat kepada 200 biji sehari sekiranya ada tempahan untuk kenduri-kendara. Di antara produk sejuk beku yang dijual adalah seperti daging lembu, daging kambing, perut, hati, limpa, daging puyuh, daging burger, sate, hotdog, isi udang & ketam dan banyak lagi.

Selain produk sejuk beku, di sini juga ada menjual produk rempah ratus seperti rempah ikan bakar, rempah kari ayam dan ikan, rempah dalca, rempah sate dan pelbagai lagi jenis rempah untuk masakan. Sambal ikan, sambal daging dan dodol juga boleh didapati di sini. Bekalan kelapa diperolehi daripada pembekal kelapa dan juga daripada penduduk setempat. Di antara alatan yang digunakan untuk menghasilkan santan adalah seperti pengopek kelapa, penukul, pengorek kelapa, mesin pemarut kelapa dan mesin pemerah santan. Melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), produk beliau dapat dipromosikan secara online dengan lebih meluas lagi dengan penggunaan media social seperti facebook dan whatsapp.