PROGRAM USAHAWAN SHOPEE AFFILIATE

Aktiviti terkini | 19 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Chapu

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini dihadiri oleh peserta yang ingin belajar menjadi usahawan shopee affiliate.
• Peserta diajar cara bagaimana mendaftar menjadi shopee affiliate dan bagaimana untuk menjual menggunakan shopee affiliate.

Tujuan :
• Program ini diadakan adalah merupakan satu program pengenalan yang akan mengajar peserta dalam menceburi bidang perniagaan menggunakan platform Shopee.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada pukul 3.30 petang – 6.00 petang.
• Semua peserta adalah daripada pelajar Politeknik Hulu Terengganu yang ingin menambah pendapatan sambil belajar.
• Di antara topik yang diajar adalah seperti pengenalan kepada shopee. Peserta juga diajar bagaimana mendaftar menjadi usahawan shopee affiliate dan seterusnya diajar cara bagaimana untuk menjual di shopee affiliate.
• Seterusnya peserta diajar cara bagaimana untuk mempromosikan perniagaan affiliate di media sosial.
• Peserta diajar secara terus menggunakan telefon dan menggunakan akaun shopee masing-masing.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan yang sangat berguna kepada peserta berkaitan bidang perniagaan di atas talian seperti shopee dan seterusnya dapat meningkatkan usahawan di atas talian di dalam kalangan komuniti setempat.
• Dengan adanya program sebegini, boleh menjadi permulaan kepada para peserta yang mahu memulakan perniagaan sendiri dengan kemahiran yang telah dipelajari.
• Melahirkan generasi baru yang minat kepada perniagaan.

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :