PROGRAM MENCUNGKIL BAKAT KEUSAHAWANAN

Aktiviti terkini | 16 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Chapu

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini dihadiri peserta yang ingin belajar menyediakan makanan yang mudah dan ringkas dan senang untuk dijual.
• Peserta diajar cara memasak dan membungkus makanan supaya nampak menarik dan sesuai dipasarkan.
• Program kali ini adalah pesertaa diajar cara menyediakan makanan viral Vietnam Roll.

Tujuan :
• Program ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu peserta-peserta dengan mengadakan program yang dapat membantu peserta mengenalpasti bakat yang ada di dalam diri di samping membantu peserta menunjuk jalan untuk menjadi seorang usahawan seperti usahawan menjual produk makanan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada pukul 3.30 petang – 6.00 petang.
• Seramai 21 orang telah mengikuti program masakan untuk kali ini.
• Di antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan kepada bahan-bahan masakan, cara proses memasak dan seterusnya demo cara memasak dan menghias Vietnam Roll.
• Setelah demo memasak oleh cikgu masakan, seterusnya setiap peserta akan mencuba membuat vietnam roll masing-masing.
• Akhir sekali, setiap peserta boleh mencuba masakan yang telah disediakan seterusnya dapat menilai kesedapan makanan yang telah disediakan.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan yang sangat berguna kepada peserta berkaitan bidang penyediaan makanan segera.
• Membantu peserta mengenalpasti makanan yang mudah dan senang disediakan untuk di jual.
• Mengeratkan hubungan PEDi dengan komuniti setempat dan kawasan sekitar.
• Melahirkan generasi baru yang minat kepada perniagaan.

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :