PROGRAM JELAJAH NADI KOMUNITI KAMPUNG MENERONG
Aktiviti terkini | 20 September 2024Tempat Aktiviti:
Taman Rekreasi CBT Lubuk Bayas, Kampung Menerong
Ringkasan Aktiviti :
• Program ini menlibatkan semua NADI di bawah Kluster Hulu Terengganu dan disertai oleh seramai 117 orang peserta.
• Antara aktiviti yang dijalankan pada hari program ini adalah senaman aerobik, pertandingan mewarna, pertandingan ukiran buah, magic scratch, aktiviti STEM, pemerikasaan Kesihatan Percuma dan juga jualan usahawan NADI.
Tujuan :
• Memperkenal dan mempromosikan NADI kepada komuniti setempat berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan di NADI seperti pemeriksaan Kesihatan, pendaftaran MyDigitalID dan sebagainya.
• Menambah bilangan ahli setiap NADI dengan memberi penerangan berkaitan kelebihan dan keistimewaan kepada komuniti sekiranya menjadi ahli NADI.
• Menggalakkan kerja berpasukan bagi NADI Kluster Hulu Terengganu.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada pukul 07.30 pagi dengan senamrobik di Taman Rekreasi CBT Lubuk Bayas, Kampung Menerong dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.
• Pertandingan mewarna poster, magic scratch paper, ukiran buah dan pertandingan membina bangunan straw bermula pada pukul 8.30 pagi.
• Pelbagai lagi aktiviti lain dijalankan sepanjang program berlangsung seperti pemeriksaan kesihatan, pameran dan jualan usahawan, booth inisiatif Kerajaan atau perkhidmatan pintar NADI dan booth KDB & MIV.
• Program berakhir pada jam 12:00 tengahari dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang dan sesi bergambar.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memperkenalkan dan mempromosikan fungsi NADI dan perkhidmatan yang disedikan di NADI dengan lebih meluas lagi.
• Menambah Keahlian ahli NADI dengan penerangan tentang kebaikan menjadi ahli NADI.
• Memberi penerangan dan kesedaran kepada komuniti tentang keselamatan siber.
Nama VIP :
Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :